Part II : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Assalamualaikum !

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Terima kasih sudi memanjangkan bacaan ke siri kedua Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016. Untuk baca siri pertama boleh klik >>SINI<<.

Ok, Kali ni AB nak share berkenaan dokumen dokumen yang perlu ada. 

  • Dokumen Original (mengikut susunan dalam clear folder) :
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Lahir
  3. DIVIDER (ACADEMIC TRANSCRIPT)
  4. Sijil STPM
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Degree
  7. Transkrip Degree
  8. Pengiktirafan Kelayakan Kursus Universiti. Boleh klik >>SINI<< untuk check.
  9. Sijil Berhenti Sekolah STPM
  10. Sijil Berhenti Sekolah SPM
  11. Result MUET
  12. DIVIDER (COCURRICULAR TRANSCRIPT)
  13. Sijil Penilaian Kourikulum STPM
  14. Sijil Penilaian Kokurikulum SPM
  15. Sijil-sijil Kokurikulum
Untuk NO13 (Sijil-Sijil Kokurikulum) letak yang tingi-tingi sahaja. Dan kalau ada, yang dapat tempat (johan,naib johan, ketiga). Kalau dah takde sangat tu, baru letak sijil penghargaan/penyertaan.  Untuk susunan sijil kokurikulum refer kat bawah ni.
  1. Yang terkini kat atas.
  2. Yang menang - sijil penghargaan - sijil penyertaan
  • Dokumen salinan :
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Lahir
  3. Sijil STPM
  4. Sijil SPM
  5. Sijil Degree
  6. Transkrip Degree
  7. Pengiktirafan Kelayakan Kursus Universiti
  8. Slip Panggilan Temuduga SPP
  9. Sijil Berhenti Sekolah STPM
  10. Result MUET
  11. Sijil Penilaian Kourikulum STPM
  12. 3 sijil-sijil Kokurikulum Tertinggi (Yang paling gempak habis la)
Dokumen original WAJIB letak dalam file clear folder. Kalau nak selamat, beli file yang warna hitam. JANGAN ada yang beriben la, flower-flower la. NO!

Dokumen salinan letak dalam envelope. Kalau nak selamat, guna envelop warna putih. Jangan tulis apa-apa atas tu. Nanti urusetia tu akan guide nak tulis apa. Jangan seal dulu envelop tu, nanti urusetia nak check. Dan pastikan semua salinan telah disahkan oleh pegawai gredA. Siapa pegawai gred A? Kalau nak selamat, pergi la mana-mana sekolah, mintak tolong guru besar/Pengetua/ GPK sign dan sahkan. Kalau tak silap AB, ketua kampung tak valid. Atleast pegawai kerajaan yang DG41 yang kena sahkan.

Sebagai tambahan(yang ni tak wajib), AB ada letak divider kat dalam clear folder. Contohnye kat bawah ni. Kat susunan atas tu pon AB ade tulis 'DIVIDER' kan. Haa..ni untuk nampak kemas je.

IC AB letak kat sebelah Sijil Lahir ni je. Tapi xde dalam gambar sebab dah dikeluarkan.



OK, Settle bab dokumen. Lagi nak share pasal ape ek? OK, Berkaitan pakaian pulak.

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

 Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment