Bag Murah Bawah RM20 !


Lawa tak beg ni? AB baru beli bag ni. Sangat compatible and comfortable. Banyak poket. Well, orang perempuan kan suka bag yang banyak poket ni. Boleh isi mekap, handphone, tablet, wallet. Space pon besar.

Material bag ni macam kanvas PVC, water resistant la. Tak serap air kalau hujan, so barang-barang pon tak basah kat dalam beg tu. Beg ni didatangkan dengan banyakkk wana and ada yang ada pattern bunga-bunga macam ni. Suit us, ladies.

Murah je bag ni. Bawah RM20 je. So berbaloi sangat. Kalau nak tengok warna-warna and details yang lebih lanjut berkenaan bag ni, boleh refer link ni >> KLIK SINI <<
Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Wing Zone Greentown Ipoh

Assalamualaikum



Lama dah tak update kan. Kali ni AB nak update pasal satu port makan kat Ipoh. Sekarang ni AB tengah bercuti-cuti Malaysia kat Ipoh. So bolehlah cari port makan best kat sini.

Malam tadi AB baru je dinner kat Wing Zone. Untuk makluman, restoran ni adalah berkonsepkan kepak ayam ataupon buffalo wings. Ehem, bukan kepak kerbau ye. Kerbau takde kepak. Hehehehe



First of all, korang kena order kat kaunter. Ala, macam kat KFC, McDonald's tu. Buku menu ada disediakan kat kaunter tu. Kalau tak nak diri lama2 kat kaunter boleh je duduk dulu and request for buku menu kat waiter. Tapi order still kene kat kaunter. 

Dah order, boleh lah duduk lepas amik air. Order akan dihantar ke meja anda. Takes time la sikit sebab order dimasak on the spot. So bukan la macam makanan segera.

Psss,air free flow tau. Korang topup la bebanyak air tu. Hehehe

Ape yang best kat sini? Of course buffalo wings. Ada macam2 level of spiciness tau. Yang dalam gambar AB ambil Sweet & Spicy Smokey Q. Manis-manis pedas gitu rasa die. Sumpah sedap gilerr. 

Yang dalam plate lagi satu tu chicken tenders. Ayam goreng takde tulang. Dengan sos Thai Chilli. Tak pedas sangat. Tapi takde la rasa macam sos cili Thai KFC ye.

Nak tengok menu lagi details boleh pi website diorang >> Wing Zone Malaysia<<


P/S: korang kalaunada port makan best kat Ipoh ni meh la share dengan AB. 


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

KFC Double Down : Sedap ke? Berbaloi ke?

Assalamualaikum



Sekarang ni tengah demam KFC Double Down nampaknye. Demam ayam goreng McD dah kebah sikit. Oleh sebab tergoda dengan iklan KFC Double Down ni, maka beberapa hari yang lepas AB pi la KFC. Nak try menu ni.

Harga RM14.50 satu set. Dalam set tu ada air regular, KFC Double Down, dan fries. Btw, fries KFC yang terbaru ni sedap! Dia tukar kentang kot.
Ok, untuk ala carte pulak RM10.90. Tapi dapat Double Down je la.

Rasanya semua dah tau, Zinger Double Down ni consist of 2 ketul boneless chickens yang dicelup nipis dalam tepung sebelum digoreng. Ayam tu boneless dan kulitless. Hahahha..Kulit pon takde jugak. Yang tengah tu ada sekeping cheese, mayonis, sos kuning tu tak ingat nama.

K la, tengok gambar la ye. Sedap ke tak ? AB suka ayam n AB suka KFC..soooo, haruslah sedappppp. Berbaloi tak dengan harga? Berbaloi kalau beli set kot. Alang-alang siap air sekali.


Menunggu ketibaan KFC DD. Btw, siapa tahu ni KFC mana angkat tangan!!

Dah sampai!! Ni perbandingan dengan cawan air regular. Besar la jugak kan. So dari segi size tak menghampakan.

Haa, ni isi kandungannya.

Omnomnomnom. Tadaaa,takde kulit kayh. AB memang suke makan satu2 macam ni. Burger biasa pon makan roti dulu baru makan daging. Hehehehe

Finished already! Sedap ! Siapa nak belanja AB ???



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu